Saturday 2 August 2014

MODAL INSAN

Menurut  Yahya, Aziah dan Yaakob, (2006) matlamat persekolahan mencorak dan membentuk sumber manusia yang berpotensi menjana pembangunan negara. Bagaimanapun isu ini menjadi persoalan kerana sistem persekolahan yang berfungsi mengembangkan potensi manusia masih menjadi tanda Tanya. Masalah ini menyebabkan berlaku pembaziran bakat yang dimiliki oleh pelajar dan generasi muda di Malaysia. 

Bagi menangani isu ini, penekanan kepada aspek pembangunan modal insan perlu dalam sistem persekolahan. Ini termasuk kepada penekanan kepada aspek penguasaan kemahiran, pengetahuan yang relevan, proses sosialisasi sistem persekolahan, meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru, motivasi ke atas pelajar dan guru, meningkatkan kemudahan pembelajaran, susunan pembelajaran yang konduktif dan sebagainya.

Di sini, kepimpinan sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar bagi pembangunan modal insan ini. Ini kerana jika sekolah itu mempunya daya kepimpinan yang berwibawa seperti gaya kepimpinan yang telah diterangkan seperti di atas, sekolah tersebut dapat melaksanakan pembangunan modal insannya dengan jayanya. Bukan itu sahaja, kepimpinan sekolah harus sedar aspek kreativiti dan inovasi dalam sistem persekolahan penting  bagi pembangunan modal insan. Tujuan belajar di sekolah pada umumnya memberikan pengetahuan dan mengembangankan kemahiran yang relevan dengan keperluan persekitaran semasa (Hussein, 1993).

Sistem persekolahan yang sentiasa menghadapi pelbagai perubahan dan pembaharuan, memerlukan peningkatan inovasi dan kreativiti dalam sistem persekolahan. Ini kerana ia merupakan institusi yang berkesan bagi merangsang dan mengembangkan potensi pelajar.

Malah dalam dunia yang global ini kreativiti dan inovasi dianggap bidang kemahiran dan profesion yang penting bagi mencorak kualiti modal insan. Modal insan yang kreatif dan berinovasi, merupakan aset penting kepada kejayaan sesebuah syarikat dan juga organisasi. Kepimpinan sekolah perlu berusaha untuk membentuk modal insan yang kreatif dalam sistem persekolahan bagi meningkatkan kemajuan dan kejayaan dalam bidang pendidikan (Aziah,Yaakob dan Yahya 2006).

Menurut Yahya (2006) teori ekonomi juga memainkan faktor dalam membentuk modal insan dalam sistem persekolahan di Malaysia. Ini selaras dengan pendapat pakar ekonomi mengenai kepentingan sumber manusia sebagai faktor pengeluaran dan modal manusia. Oleh yang demikian, keperluan bagi memajukan modal insan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kecekapan, kemahiran dan produktiviti.

Menurut Hussein (1993) kepimpinan di sekolah perlu berusaha dalam membentuk tenaga pengajar yang mahir, professional, kreatif dan inovatif secara berterusan. Idea strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam sistem persekolahan perlu dikembangkan di kalangan tenaga pengajar, sekolah dan sistem pelajaran itu sendiri.  

Manakala menurut  Aziah, Yaakob dan Yahya (2006) pelbagai langkah telah di ambil bagi melaksanakan 
modal insan yang berkualiti bagi pembangunan dan kemjuan negara selaras dengan wawasan 2020 dan matlamat pelajaran negara adalah:

  • Memperkembangkan kecerdasan yang lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi seperti komputer, media, peralatan dan reka bentuk pembelajaran dan kemahiran hidup berdasarkan ketangkasan fizikal dan kecerdasan lain (IQ, EQ dan SQ).
  • Literasi komputer seperti Internet, laman web, program pendidikan jarak jauh (PJJ) yang berasaskan teknologi telekomunikasi, telekonfrensi, modul pembelajaran terancang dan pembelajaran terancang dan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Kemahiran berfikir menjadi asas kepada pembangunan pelajaran yang bersifat inovatif dan kreatif di sekolah. Penekanan aspek ini dalam sistem persekolahan membolehkan percambahan pemikiran berlaku dan pelajar dapat berfikir dan membuat keputusan dengan lebih rasional, bertimbang rasa dan lebih objektiviti.
  • No comments:

    Post a Comment