Saturday 2 August 2014

FOKUS PEMBANGUNAN MODAL INSAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bagi mencapai dasar dan matlamat RMK-9, KPM telah mengfokuskan bebarapa objektif dalam pembangunan modal insan sepanjang tempoh RMK-9, iaitu:


  • Mengadakan lebih banyak pilihan kepada ibu bapa dan pelajar;
  • Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguaasai ilmu pengetahuan dan kemahiran;
  • Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar melalui:

  1. -pemantapan kurikulum
  2. -pemantapan program kokurikulum
  3. -pemantapan program sukan
  4. -pembudayaan adad dan budi bahasa
  5. -pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
  6. -pengkuhan displin pelajar
  • Memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian pelajar.
Objektif ini menjadikan para pendidik mempunyai tanggungjawab yang begitu jitu bagi merealisasikan impian negara untuk melahirkan insan yang lebih gemilang dan terbilang di mata dunia. Sekarang kita dapat melihat pembangunan modal insan dan kepimpinan di sekolah-sekolah Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2006).

MODAL INSAN

Menurut  Yahya, Aziah dan Yaakob, (2006) matlamat persekolahan mencorak dan membentuk sumber manusia yang berpotensi menjana pembangunan negara. Bagaimanapun isu ini menjadi persoalan kerana sistem persekolahan yang berfungsi mengembangkan potensi manusia masih menjadi tanda Tanya. Masalah ini menyebabkan berlaku pembaziran bakat yang dimiliki oleh pelajar dan generasi muda di Malaysia. 

Bagi menangani isu ini, penekanan kepada aspek pembangunan modal insan perlu dalam sistem persekolahan. Ini termasuk kepada penekanan kepada aspek penguasaan kemahiran, pengetahuan yang relevan, proses sosialisasi sistem persekolahan, meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru, motivasi ke atas pelajar dan guru, meningkatkan kemudahan pembelajaran, susunan pembelajaran yang konduktif dan sebagainya.

Di sini, kepimpinan sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar bagi pembangunan modal insan ini. Ini kerana jika sekolah itu mempunya daya kepimpinan yang berwibawa seperti gaya kepimpinan yang telah diterangkan seperti di atas, sekolah tersebut dapat melaksanakan pembangunan modal insannya dengan jayanya. Bukan itu sahaja, kepimpinan sekolah harus sedar aspek kreativiti dan inovasi dalam sistem persekolahan penting  bagi pembangunan modal insan. Tujuan belajar di sekolah pada umumnya memberikan pengetahuan dan mengembangankan kemahiran yang relevan dengan keperluan persekitaran semasa (Hussein, 1993).

Sistem persekolahan yang sentiasa menghadapi pelbagai perubahan dan pembaharuan, memerlukan peningkatan inovasi dan kreativiti dalam sistem persekolahan. Ini kerana ia merupakan institusi yang berkesan bagi merangsang dan mengembangkan potensi pelajar.

Malah dalam dunia yang global ini kreativiti dan inovasi dianggap bidang kemahiran dan profesion yang penting bagi mencorak kualiti modal insan. Modal insan yang kreatif dan berinovasi, merupakan aset penting kepada kejayaan sesebuah syarikat dan juga organisasi. Kepimpinan sekolah perlu berusaha untuk membentuk modal insan yang kreatif dalam sistem persekolahan bagi meningkatkan kemajuan dan kejayaan dalam bidang pendidikan (Aziah,Yaakob dan Yahya 2006).

Menurut Yahya (2006) teori ekonomi juga memainkan faktor dalam membentuk modal insan dalam sistem persekolahan di Malaysia. Ini selaras dengan pendapat pakar ekonomi mengenai kepentingan sumber manusia sebagai faktor pengeluaran dan modal manusia. Oleh yang demikian, keperluan bagi memajukan modal insan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kecekapan, kemahiran dan produktiviti.

Menurut Hussein (1993) kepimpinan di sekolah perlu berusaha dalam membentuk tenaga pengajar yang mahir, professional, kreatif dan inovatif secara berterusan. Idea strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam sistem persekolahan perlu dikembangkan di kalangan tenaga pengajar, sekolah dan sistem pelajaran itu sendiri.  

Manakala menurut  Aziah, Yaakob dan Yahya (2006) pelbagai langkah telah di ambil bagi melaksanakan 
modal insan yang berkualiti bagi pembangunan dan kemjuan negara selaras dengan wawasan 2020 dan matlamat pelajaran negara adalah:

  • Memperkembangkan kecerdasan yang lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi seperti komputer, media, peralatan dan reka bentuk pembelajaran dan kemahiran hidup berdasarkan ketangkasan fizikal dan kecerdasan lain (IQ, EQ dan SQ).
  • Literasi komputer seperti Internet, laman web, program pendidikan jarak jauh (PJJ) yang berasaskan teknologi telekomunikasi, telekonfrensi, modul pembelajaran terancang dan pembelajaran terancang dan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Kemahiran berfikir menjadi asas kepada pembangunan pelajaran yang bersifat inovatif dan kreatif di sekolah. Penekanan aspek ini dalam sistem persekolahan membolehkan percambahan pemikiran berlaku dan pelajar dapat berfikir dan membuat keputusan dengan lebih rasional, bertimbang rasa dan lebih objektiviti.
  • PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN

               Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju untuk abad ke-21.  Modal insan yang ingin dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah (Marzita, 2006).

                Menurut Hasani (2006) Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin yang dapat menghasilkan generasi muda Malaysia berpontensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk cirri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara.

                Falsafah pendidikan  Negara memberikan gambaran yang jelas dalam membentuk individu yang ingin dihasilkan melalui sistem pendidikan iaitu individu yang seimbang dari segi intelektual, emosi, jasmani dan rohani. Ini dapat merupakan tonggak utama dalam pendidikan negara:

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih 
    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk 
    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan 
    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah 
    bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, 
    berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai 
    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan 
    kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.
    (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993)

               Seperti yang kita setia maklum bahawa misi dan visi pendidikan di Malaysia adalah berjuruskan kepada Wawasan 2020.  Ini bermaksud kerajaan ingin membentuk sebuah masyarakat yang maju pada abad ke-21. Oleh yang demikian, bidang pendidikan telah menghadapi tugas yang berat dan besar bagi memartabatkan bangsa Malaysia bagi mencapai kejayaan. Manakala misi pendidikan:

    Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik demi menghasilkan insane yang mempunyai 
    daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat 
    dan Negara.
    (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993)

               Justeru itu visi pendidikan adalah pemahaman dan penghayatan Falsafah Pelajaran Negara dan misi pendidikan berdepan dengan cabaran masa depan melalui praktis dan amalan di sekolah. Penghayatan dan pegangan ini diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti perkhidmatan penyayang, budaya cemerlang, peningkatan akuantabiliti, pengurusan yang cekap dan berkesan serta amalan pendidikan yang berpandukan ilmu dan akhlak.

              Oleh yang demikian, kurikulum merupakan  bahan utama dalam proses pendidikan. Manakala peranan kepimpinan pendidikan sebagai agen pelaksana visi dan misi pendidikan di Malaysia perlu memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan aspek-aspek yang turut membantu seperti persekitaran, budaya sekolah dan tenaga pengajar (Aziah, Yaakob dan Yahya 2006).

    Friday 1 August 2014

    KESAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

     Pembentukan sahsiah diri yang tinggi dan unggul adalah penting untuk memajukan ekonomi diri,bangsa dan negara.Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat Malaysia perlulah mempunyai nilai berintegriti dan memiliki pemikiran kelas pertama.Statistik jenayah 2006 menunjukkan 2.16% jenayah di malaysia melibatkan golongan berpendidikan. Akibatnya banyak kesan negetif timbul dan mutu produktiviti pengeluaran menurun.“Jalan terbaik adalah kembali kepada jalan Islam.”

    KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERSEPADU

              Sistem pengurusan secara Islam adalah bersifat komprehensif dan berteraskan kepada falsafah tauhid dan berasaskan ilmu wahyu iaitu al-Qur’an, al-Hadith dan amalan ulama-ulama silam. Oleh itu 
    pembangunan modal insan bersepadu adalah amat penting dalam konteks pengurusan Islam. Dalam sistem ini, segala proses pembuatan keputusan, perancangan, pengawalan, pelaksanaan projek, perhubungan dan komunikasi, tanggungjawab di antara majikan dan pekerja, etika kerja dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pengurusan adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam yang telah digariskan oleh ajaran Islam.  

                Walau bagaimanapun, pengurusan Islam tidak menolak pengurusan barat  seratus peratus. Sistem integratif amat penting dalam membangun modal insan. Ia seharusnya mengambilkira faktor bermanfaat daripada luar lingkungan sama ada dari Barat atau Timur boleh dikembangkan sebagai pelengkap asas yang memberi tumpuan kepada pembangunan akliah sains dan teknologi serta pembangunan akhlak insan. 

                  Pengurusan dalam Islam amat menekankan tentang aspek pengurusan kerja berkualiti dan pembangunan modal insan secara terancang. Ianya telah dibincangkan sejak wujudnya dan terbinanya sejarah tamadun manusia. Dari segi sejarah misalnya, telah ditonjolkan corak pengurusan Nabi Musa a.s. dalam catatan 
    penghijrahan bani Israel dari Mesir ke Semenanjung Sinai. Pekerjanya iaitu Nabi Musa a.s. dan baginda mempunyai pengikut yang ramai pada masa itu. Selepas diadakan mesyuarat, Nabi Musa a.s. bersetuju untuk mengikut pandangan yang diutarakan oleh bapa mertuanya iaitu menyediakan beberapa orang yang berkemampuan menjadi pekerja. Pekerja ini dilantik dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengikut masing-masing. Corak pengurusan berasaskan kekuatan modal insan ini telah dipraktikkan sehingga kini dan ianya mempunyai persamaan dengan corak pengurusan sekarang yang menekankan kepada konsep disentralisasi dan empowerment kepada subordinates yang dipilih dan dilantik oleh pihak pengurusan. 

                    Rasulullah S.A.W. sendiri bagi orang Islam adalah model pekerja yang  berwawasan dalam konteks pengurusan  Islam yang sebenar. Baginda telah mempelopori sistem pengurusan Islam pada zaman awal Islam lagi, melalui praktik-praktik kepimpinan dalam 107 pengurusan organisasi dan negara. Fungsi-fungsi pengurusan barat seperti perancangan (plan), pengorganisasian (organize), pengawalan (control), penstafan (recruitment), kepimpinan (leadership) dan pelaksanaan (execute) telahpun dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam mengurus modal insan iaitu pengikut-pengikutnya semasa penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah dan juga dalam usaha baginda menyebarkan agama Islam di muka bumi ini.
     
                    Berpandukan fakta sejarah ini, adalah perlu bagi setiap pekerja untuk mencontohinya. Dalam konteks ini, seorang pekerja organisasi yang baik akan sentiasa berusaha untuk menambah baik pencapaian organisasi dengan penuh komitmen dan semangat. Justeru itu, pekerja yang baik akan menetapkan objektif-objektif yang beliau percaya sepenuhnya akan dapat memberi kesan positif kepada  organisasi dalam suasana kerja yang penuh bersemangat dan ceria. Ini bererti kepimpinan yang berkesan merupakan agen perubah kepada organisasi. Mereka ini akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik organisasi.  
      
                      Dengan perkataan yang lebih mudah, ciri utama pekerja yang baik ialah mengetahui dan menetapkan halatuju organisasi dari segi visi dan misi serta objektif yang jelas yang hendak dicapai. Malah pekerja juga bertanggungjawab dalam mengawalselia perancangan dan mengatur strategi, mewujudkan program dan memantau pelaksanaan projek. Pekerja yang berkesan bukan sahaja berupaya dalam melaksana perkara yang betul dan dirancang tetapi juga memastikan pelaksanaannya adalah mengikut jadual dan mencapai objektif dan matlamat dengan sumber mentah yang boleh digemblengkan. 
      
                     Seterusnya, budaya kerja cemerlang ialah budaya kerja murni dan berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah 108 dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan oleh peringkat atas pentadbiran organisasi, seterusnya diturun dan diimplementasikan di kalangan pengurusan eksekutif atau pertengahan dan seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja bawahan (subordinates). 
     
                      Dalam hal ini, sesebuah organisasi perlu sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam membangunkan sumber manusia atau modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi. Ini boleh dilaksanakan dengan cara menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan secara berterusan kepada golongan pekerja sama ada di peringkat atasan mahupun peringkat bawahan. Ini kerana sumber manusia berpengetahuan tinggi itu akan menjadi tunjang kepada organisasi atau industri yang mencatat pertumbuhan 
    yang pesat.  

                       Selain daripada itu,meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama” iaitu masyarakat yang berpengetahuan,mampu berdaya saing,berbudaya kerja cemerlang dan mempunyai kekuatan moral serta dapat menjadikan sesebuah negara itu berdaya saing dan berdaya maju. sebagai contohnya,tenaga muda merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini turut boleh dijadikan sebagai benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber yang penting bagi membentuk zaman dan kemajuan sesebuah negara maju. 

                                Disamping itu,inditor atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah Negara ialah kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran globalisasi,rakyat terutamanya generasi muda perlu bijak mengadun antara nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan Negara dan martabat bangsa.

                                  Seterusnya, menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan. seperti sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan tranformasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,resam budaya ,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu dan pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan letronik terhadap umat manusia. 

                                  Akhirnya,penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang melayu untuk perjalanan menuju wawasan 2020 juga amat penting.

    FAKTOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN

    • Kualiti tenaga kerja di Malaysia semakin merosot disebabkan oleh krisis kewangan dan kegiatan ekonomi yang terpaksa bergantung kepada tenaga buruh yang tidak mahir. Pasaran buruh juga telah menjadi ‘kendur’ dengan kadar pengangguran sekitar 3.1 %.
    • Kemasukan tenaga kerja yang baru ke dalam pasaran buruh tidak menepati kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah industri. Hal ini berlaku kerana Malaysia telah mengalami masalah kekurangan pekerja yang sangat ketara terutama dalam bidang-bidang professional dan teknikal yang telah menyebabkan ekonomi negara menjadi kaku. 
    • Pelabur mengeluh bahawa pekerja baru kekurangan kapasiti menganalisis dan menyelesaikan masalah. Pekerja baru juga kebanyakkannya kurang berpengalaman. Manakala,para pelabur juga memerlukan modal yang besar jika mahu melatih pekerja baru dari asas kembali. 
    • Kelemahan penguasaan bahasa.
    • Rangkaian sosial turut menjadi penghalang bagi penggunaan teknologi terkini dan proses berpasukan moden untuk aktiviti-aktiviti tambah nilai yang tinggi dan lebih berkualliti.

    PENGENALAN KEPADA MODAL INSAN

             Dalam perutusan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (2006), beliau telah berucap mengenai modal insan, seperti petikan di bawah:


    “Modal insan yang berkualitii adalah satu kemestian, bukan lagi satu 
    kemewahan.  Kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai 
    tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Pendidikan 
    dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal 
    insane negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta 
    mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang 
    kian meningkat.”

    Bila kita hayati petikan ucapan dari YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi itu, kita sedar bahawa rakyat merupakan asset yang paling berharga bagi sesebuah negara.  Dengan adanya modal  insan, aset negara yang bernilai itu boleh disuntik nilainya, dapat  ditingkatkan inteleknya serta diperkaya modal budayanya.  Pembangunan modal insan adalah pemangkin bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara.   Malah pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi bagi melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing  dan mencukupi dengan keperluan negara untuk abad ke-21.  Malah pembangunan modal insan ini juga bersesuaian dengan kehendak industri dan pasaran untuk masa akan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2006).

                 Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai yang murni dan moral yang tinggi. Juga beretika, berbudi pekerti,  bersopan santun, mempunyai keluarga yang mantap berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi, berinovasi, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, cekal, berintegrasi dan berdaya saing.

                Modal insan ini penting untuk mewujudkan personaliti yang unggul dan setiap individu perlu mengamalkan setiap unsur-unsur dalam modal insan demi menentukan hala tuju negara, bangsa dan
    agama. Sebagaimana memetik kenyataan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Belanjawan 2005 menjelaskan bahawa:


    “Kemajuan dan kekuatan ekonomi bukanlah 
    segala-galanya. Ia perlu dilihat sebagai landasan 
    untuk mencapai kesejahteraan hidup dan keutuhan 
    sosial. Lantas, perseimbangan kebendaan dan 
    kerohanian sangatlah penting supaya akan lahir 
    tamadun yang agung. Kita perlu bersama-sama 
    mengambil langkah memperkaya jiwa bangsa, 
    tradisi, budaya dan agama tidak seharusnya 
    menjadi halangan kepada kejayaan sebaliknya 
    perlu digarap sebagai tunjang mendaki ke mercu 
    kecemerlangan yang akan mengangkat martabat 
    bangsa dan kewibawaan negara di mata dunia”.

                 Dalam perutusan sempena menyambut Hari Pekerja 2006, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menegaskan bahawa dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar berkualiti adalah suatu kemestian. Sebagaimana kata-kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya:


    “Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi 
    berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi 
    bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju 
    tetapi negara maju yang mempunyai identitinya 
    sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu, 
    pembangunan modal insan berminda kelas pertama 
    harus diutamakan”.

                    Pembentukan modal insan harus dilihat secara menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan dalam individu dan masyarakat di negara ini. Oleh itu, terdapat pelbagai aspek yang perlu diberi
    penekanan dalam usaha membina modal insan yang bersepadu, iaitu ilmu pengetahuan, daya intelek, kemahiran, tahap peningkatan ekonomi, kebudayaan dan sebagainya.

                   Menurut Ibn Khaldun (1993), faktor pembeza antara masyarakat bertamadun dengan tidak bukanlah terletak pada pembahagian kerja, tetapi terletak kepada peningkatan (produktiviti) pekerjaan. Masyarakat bertamadun merasa tidak cukup dengan adanya pelbagai jenis pekerjaan antara mereka, sehingga mereka
    merasa perlu mewujudkan pelbagai bentuk peningkatan(produktiviti) pekerjaan yang berbeza-beza di antara mereka. Kemahiran tenaga kerja akan menggunakan sumber alam dan kekuatan modal insan
    secara optimum dan intensif untuk kepentingan dan kesejahteraan masyarakat.

                   Tambahan pula dalam mentakrifkan perkataan “tamadun”, sangat jelas ungkapan tersebut mempunyai kaitan secara langsung dengan akhlak, iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Petikan berikut menjelaskan perkaitan
    antara tamadun dan akhlak, iaitu:


    …tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah 
    pencapaian dan pembangunan dalam segala 
    perlakuan, pemikiran dan kemajuan, kesenian, 
    kesusasteraan dan lain-lain yang tinggi, baik, halus 
    dan sopan kea rah pembentukan peribadi dan 
    komuniti yang memiliki personality, tatasusila dan 
    budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah 
    masyarakat atau Negara bangsa.

                   Selaras dengan itu, pengurusan modal insan menekankan kepada proses persiapan tenaga insan yang melibatkan usaha-usaha  menggemblengkan segala input di dalam sesebuah organisasi dengan cara paling optimum untuk mencapai objektif organisasi. Pengurusan ini juga meliputi proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan memantau segala aktiviti anggota-anggota dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan segala sumber organisasi yang ada bagi mencapai objektif organisasi yang ditetapkan.

                   Pengurusan dan seterusnya pembangunan modal insan ini perlulah sentiasa  digilap kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi khususnya, terus berdaya saing dan berdaya tahan terutama dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan dan bertunjangkan sains dan teknologi. Oleh kerana itu, pembangunan modal insan dalam konteks pengurusan Islam bukan sahaja setakat peningkatan tahap pendidikan, mempunyai kemahiran dan ciri-ciri akhlak yang mulia, berkeyakinan malah ia berkaitan dengan menghasilkan rakyat yang mempunyai pemikiran minda kelas pertama ke arah  mengejar al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat.