Friday 1 August 2014

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERSEPADU

          Sistem pengurusan secara Islam adalah bersifat komprehensif dan berteraskan kepada falsafah tauhid dan berasaskan ilmu wahyu iaitu al-Qur’an, al-Hadith dan amalan ulama-ulama silam. Oleh itu 
pembangunan modal insan bersepadu adalah amat penting dalam konteks pengurusan Islam. Dalam sistem ini, segala proses pembuatan keputusan, perancangan, pengawalan, pelaksanaan projek, perhubungan dan komunikasi, tanggungjawab di antara majikan dan pekerja, etika kerja dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pengurusan adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam yang telah digariskan oleh ajaran Islam.  

            Walau bagaimanapun, pengurusan Islam tidak menolak pengurusan barat  seratus peratus. Sistem integratif amat penting dalam membangun modal insan. Ia seharusnya mengambilkira faktor bermanfaat daripada luar lingkungan sama ada dari Barat atau Timur boleh dikembangkan sebagai pelengkap asas yang memberi tumpuan kepada pembangunan akliah sains dan teknologi serta pembangunan akhlak insan. 

              Pengurusan dalam Islam amat menekankan tentang aspek pengurusan kerja berkualiti dan pembangunan modal insan secara terancang. Ianya telah dibincangkan sejak wujudnya dan terbinanya sejarah tamadun manusia. Dari segi sejarah misalnya, telah ditonjolkan corak pengurusan Nabi Musa a.s. dalam catatan 
penghijrahan bani Israel dari Mesir ke Semenanjung Sinai. Pekerjanya iaitu Nabi Musa a.s. dan baginda mempunyai pengikut yang ramai pada masa itu. Selepas diadakan mesyuarat, Nabi Musa a.s. bersetuju untuk mengikut pandangan yang diutarakan oleh bapa mertuanya iaitu menyediakan beberapa orang yang berkemampuan menjadi pekerja. Pekerja ini dilantik dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengikut masing-masing. Corak pengurusan berasaskan kekuatan modal insan ini telah dipraktikkan sehingga kini dan ianya mempunyai persamaan dengan corak pengurusan sekarang yang menekankan kepada konsep disentralisasi dan empowerment kepada subordinates yang dipilih dan dilantik oleh pihak pengurusan. 

                Rasulullah S.A.W. sendiri bagi orang Islam adalah model pekerja yang  berwawasan dalam konteks pengurusan  Islam yang sebenar. Baginda telah mempelopori sistem pengurusan Islam pada zaman awal Islam lagi, melalui praktik-praktik kepimpinan dalam 107 pengurusan organisasi dan negara. Fungsi-fungsi pengurusan barat seperti perancangan (plan), pengorganisasian (organize), pengawalan (control), penstafan (recruitment), kepimpinan (leadership) dan pelaksanaan (execute) telahpun dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam mengurus modal insan iaitu pengikut-pengikutnya semasa penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah dan juga dalam usaha baginda menyebarkan agama Islam di muka bumi ini.
 
                Berpandukan fakta sejarah ini, adalah perlu bagi setiap pekerja untuk mencontohinya. Dalam konteks ini, seorang pekerja organisasi yang baik akan sentiasa berusaha untuk menambah baik pencapaian organisasi dengan penuh komitmen dan semangat. Justeru itu, pekerja yang baik akan menetapkan objektif-objektif yang beliau percaya sepenuhnya akan dapat memberi kesan positif kepada  organisasi dalam suasana kerja yang penuh bersemangat dan ceria. Ini bererti kepimpinan yang berkesan merupakan agen perubah kepada organisasi. Mereka ini akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik organisasi.  
  
                  Dengan perkataan yang lebih mudah, ciri utama pekerja yang baik ialah mengetahui dan menetapkan halatuju organisasi dari segi visi dan misi serta objektif yang jelas yang hendak dicapai. Malah pekerja juga bertanggungjawab dalam mengawalselia perancangan dan mengatur strategi, mewujudkan program dan memantau pelaksanaan projek. Pekerja yang berkesan bukan sahaja berupaya dalam melaksana perkara yang betul dan dirancang tetapi juga memastikan pelaksanaannya adalah mengikut jadual dan mencapai objektif dan matlamat dengan sumber mentah yang boleh digemblengkan. 
  
                 Seterusnya, budaya kerja cemerlang ialah budaya kerja murni dan berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah 108 dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan oleh peringkat atas pentadbiran organisasi, seterusnya diturun dan diimplementasikan di kalangan pengurusan eksekutif atau pertengahan dan seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja bawahan (subordinates). 
 
                  Dalam hal ini, sesebuah organisasi perlu sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam membangunkan sumber manusia atau modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi. Ini boleh dilaksanakan dengan cara menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan secara berterusan kepada golongan pekerja sama ada di peringkat atasan mahupun peringkat bawahan. Ini kerana sumber manusia berpengetahuan tinggi itu akan menjadi tunjang kepada organisasi atau industri yang mencatat pertumbuhan 
yang pesat.  

                   Selain daripada itu,meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama” iaitu masyarakat yang berpengetahuan,mampu berdaya saing,berbudaya kerja cemerlang dan mempunyai kekuatan moral serta dapat menjadikan sesebuah negara itu berdaya saing dan berdaya maju. sebagai contohnya,tenaga muda merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini turut boleh dijadikan sebagai benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber yang penting bagi membentuk zaman dan kemajuan sesebuah negara maju. 

                            Disamping itu,inditor atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah Negara ialah kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran globalisasi,rakyat terutamanya generasi muda perlu bijak mengadun antara nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan Negara dan martabat bangsa.

                              Seterusnya, menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan. seperti sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan tranformasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,resam budaya ,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu dan pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan letronik terhadap umat manusia. 

                              Akhirnya,penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang melayu untuk perjalanan menuju wawasan 2020 juga amat penting.

No comments:

Post a Comment