Tuesday 16 September 2014

KESIMPULAN

 Dalam konteks pengurusan islam dalam sesebuah organisasi, modal indan merupakan aset terpenting yang harus dijana sebaik mungkin demi mencapai al-falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat.

 Cabaran sebenar bagi pembangunan modal insan acuan negara kita adalah untuk mengurangkan kadar penggangguran serta mencapai tahap ekonomi guna tenaga penuh dan mampu bekerja ditahap sebenar bagi meningkatkan produktiviti. Bagi mencapai matlamat ini, negara perlulah menilai penemuan dan menambah nilai kepada semua aktiviti ekonomi negara.

 Oleh itu, bagi mencapai wawasan negara maju menjelang 2020 , maka peranan modal insan perlulah diberikan penekanan dalam melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.

 Tegasnya, pembangunan dan pengurusan modal insan adalah elemen penting dalam membentuk organisasi yang efisyen dan berkesan dalam konteks pengurusan islam. Matlamat pembangunan modal insan ini jika dihayati adalah selaras dgn perjuangan misi negara dalam konteks menghadapi cabaran keempat yang ditetapkan dalam wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sesebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Bagi kata lain, untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

No comments:

Post a Comment